bangsa akhir zaman....mari kita nikmati kejadian ini











































Nak kata perangai binatang,tak boleh sebab binatang pown sayangkan anaknya.Barangkali manusia zaman sekarang ingin kembali ke zaman jaihiliah.mengapa ini semua harus berlaku..sedih,parah,ingin marah..tetapi pada siapa yang harus kita tujukan.kita sekadar iman yang lemah hanya dapat memendam semua perasaan itu.apa kata kita semua kembali ke jalan yang benar iaitu ke jalan agama masing-masing yang menerapkan nilai-nilai kemanusiaan.bukannya nilai yang teruk lagi binatang.apakah mungkin semua ini tanda-tanda akhir zaman?adakah kita ini zaman yang terakhir.mana ibu bapa bayi-bari ini?sedang berseronok di kelab-kelab malam atau tengah melayan nafsu yang meraka sangkakan dapat membahagiakan mereka.harus kita ingat nafsu adalah kurniaan Tuhan.nafsu sebenarnya adalah nikmat tetapi apabila kita silap mengawal nafsu ini,maka terjadilah kes-kes pembuangan bayi.apa kata kita ambil sedikit masa untuk kembali ke jalan yang benar dan menyesal atas setiap perbuatan kita.

Setiap wanita juga harus mempunyai iman yang teguh supaya maruah mereka tidak mudah tergadai di tangan jantan durjana tetapi bukan di tangan lelaki sejati yang ingin memelihara keaiban wanita-wanita.semua ini bermula semenjak di sekolah lagi.cinta monyet yang hanya berteraskan nafsu.mula-mula mereka-mereka ini hanya bersembang dan malu-malu tetapi apabila musuh nyata kita muncul maka tumbuhlah tanduk2 kecil di atas kepala dah mula berfikir yang bukan-bukan.sejak dari itu mula la berpegang sana pegang sini.jumpa sahaja peluk erat-erat macam sudah kahwin padahal ibu bapa di rumah tidak pula dipeluk.jika ingin melakukan perkara ini jangan berpakaian seperti seorang islam dengan bertudung tetapi pakailah seperti seorang yahudi supaya imej sesebuah agama tidak tercemar.pakai tudung keluar rumah buat alim depan ibu bapa tetapi apabila keluar rumah,masih pakai tudung tapi tangan si lelaki merayap ke seluruh tubuh wanita.kita harus ingat bahawa lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu dan wanita mempunyai 9nafsu satu akal.tetapi ada pula syaitan-syaitan durjana yang tidak menggunakan akal tetapi menggunakan satu nafsunya untuk melayan dan wanita ini kerana terlalukan sayangkan “suami” yang bakal menanam ulat di dalam perut ini menyerahkan segalanya.

Apa kata kita kembali ke hukum hudud yang akan merotan penzina sebanyak 100 kali dan saya berani jamin bahawa si syaitan-syaitan kecil di sekolah tidak akan berani melakukan perkara terkutuk ini.esok-esok apabila sudah berisi perut si wanita,si “suami” akan pergi begitu sahaja dan mula la si wanita ini nak bertaubat,tetapi malangnya nasi sudah hancur dan menjadi bubur.maka bapa segala syaitan mula masuk ke dalam kepala dan member cadangan jahiliah mereka.oleh sebab itulah terjadinya pembuangan bayi.wahai umat-umat manusia yang pakai tudung dan si lelaki yang berpura-pura alim,ingatlah bahawa setiap perbuatan kamu akan dibalas di masyar kelak dan ketika itu Allah akan membuka aib kamu yang berzina sehingga malu seluruh keturunan kamu.


Ana lihat semua ini sambil berpeluh dan tidak terkata dan ana juga menulis teks ini dengan perasaan marah,sedih,dan teringat kepada Allah...

Saturday, September 4, 2010 at 9:06 PM

0 Comments to "bangsa akhir zaman....mari kita nikmati kejadian ini"